e-Profiling
e-Profiling adalah sistem yang melaksanakan kesepadanan personaliti individu dengan kerjaya. Sistem ini dibangun berasaskan Teori Holland yang diperkenalkan oleh John Lewis Holland. Personaliti individu diukur berdasarkan 6 kriteria iaitu Realistic, Investigative, Artistic, Social, Enterprising, Conventional (RIASEC).
R
Realistik
Individu agresif, lebih menyukai tugas-tugas yang konkrit daripada abstrak, asasnya kurang bersosial, interaksi interpersonal yang lemah.
I
Investigatif
Individu yang intelek, abstrak, analitis, berdikari, kadang-kadang radikal dan berorientasikan tugas.
A
Artistik
Individu imaginatif, menilai tinggi estetik, ekspresif, bebas dan agak ekstrovert.
S
Sosial
Lebih menyukai interaksi, sosial, berkaitan dengan sosial, agama, orientasi kepada kerja-kerja kemasyarakatan dan pendidikan.
E
Enterprising
Individu ekstrovert, agresif, suka mengembara, suka peranan memimpin, pandai memujuk, mahir dan pandai menggunakan perkataan.
C
Conventional
Individu praktikal, dapat mengawal diri, suka bersosial, konservatif, menyukai tugas-tugas berstruktur dan mematuhi peraturan yang disediakan.